Sunday 13 March 2011

Rekod Tanpa Kalah Kelantan Lebur




Rekod tanpa kalah pasukan Kelantan lebur apabila tewas kepada Pahang hasil jaringan R Surendran dan Mohd Faizol Hussein pada Liga Super yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Dua gol yang tercipta pada penghujung separuh masa yang kedua itu membolehkan pasukan kendalian Dollah Salleh memungut tiga mata dihadapan penyokong sendiri. Kedua-dua pasukan beraksi dengan baik dan menghiburkan pada separuh masa pertama.

Dua kad kuning dilayangkan kepada kedua pasukan, menjadikannya empat kad kuning dilayangkan sepanjang perlawanan oleh pengadil Lismotia Mohem Mohd Tisa pada separuh masa pertama.

Pahang hampir meletakkan pasukannya di depan, namun rembatan Famirul Asraf Sayuti sedikit tersasar pada minit ke 13 sebelum R Surendran menebus kembali kekecewaan apabila meletakkan Pahang satu gol di hadapan hasil hantaran lintang Azamuddin Mohd Akil dari sebelah kanan pintu gol Kelantan.

Tiga minit separuh masa kedua bersambung, S Chanturu hampir menyamakan kedudukan namun hampa apabila gol dibatalkan kerana berada dalam posisi ofsaid. Peluang-peluang terbaik gagal disudahkan oleh kedua belah pihak sehingga saat-saat akhir apabila Mohd Faizol Hussin menambah gol seterusnya menghancurkan impian Kelantan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini. Tahniah Pahang atas kemenangan ke atas The Red Warriors.
P/S: Sejuta kali lebih hebat dari kekalahan dan kegagalan rekod tanpa kalah Manchester United kepada Wolves 2-0.

No comments:

Post a Comment