Pengasas komuniti amatur astronomi FalakOnline Malaysia, Encik Shahrin Ahmad atau lebih dikenali sebagai shahgazer di forum telah memberikan serba sedikit ilmu mengenai astronomi semasa beliau ditemuramah dalam rancangan Malaysia Hari Ini kelolaan TV3, semalam. Diharap pengenalan serba sedikit mengenai astronomi ini dapat menarik ramai lagi rakyat Malaysia turut serta memeriahkan bidang astronomi amatur :D
Nak tau lebih lanjut mengenai aktiviti melibatkan astronomi amatur? Jom join komuniti FO di http://www.falak-online.net
Showing posts with label astronomi. Show all posts
Showing posts with label astronomi. Show all posts
Wednesday, 6 July 2011
Friday, 27 May 2011
Istiwa' Kaabah 28 Mei
Fenomena Istiwa' Kaabah iaitu matahari berada di atas Kaabah akan berlaku pada hari ini, 28 Mei pada jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 16 Julai pada jam 5.28 petang. Antara kelebihan fenomena ini ialah kita boleh memeriksa arah sebenar kiblat di tempat kita.

Di sini disertakan cara memeriksa arah kiblat:
Untuk info secara visual apa kata kita rujuk pada vodcast yang dihasilkan oleh Encik Shah, webmaster Falak Online yang juga seorang ahli amatur astronomi.
Semoga anda tidak terlepas peluang yang hanya datang dua kali setahun ini. Selamat berjaya.
Di sini disertakan cara memeriksa arah kiblat:
- Pacakkan sebatang kayu atau apa-apa objek yang lurus di atas permukaan yang rata.
- Pastikan kayu tersebut tegak 90 darjah.
- Pastikan bayang-bayang kayu tersebut jelas kelihatan di atas permukaan yang rata tadi
- Pastikan kawasan tersebut, matahari boleh kelihatan dengan mudah dan tidak terlindung.
- Apabila sampai waktunya, perhatikan bayang-bayang objek tadi.
- Unjurkan garisan bayang- bayang tersebut ke arah matahari.
- Garisan itu akan menunjukkan tepat ke arah kiblat, InsyaAllah
Untuk info secara visual apa kata kita rujuk pada vodcast yang dihasilkan oleh Encik Shah, webmaster Falak Online yang juga seorang ahli amatur astronomi.
Semoga anda tidak terlepas peluang yang hanya datang dua kali setahun ini. Selamat berjaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)