Wednesday 20 April 2011

Lyrids Kembali; Tetapi dengan Kehadiran Bulan Penuh

Fenomena hujan meteor Lyrids kembali lagi, walaupun ketika artikel ini ditulis hujan Lyrids sudah bermula lebih awal, namun masih berbaki enam hari lagi dan kita belum tiba di kemuncaknya. Kadar kemuncak Lyrids dijangka pada 22 dan 23 April 2011 dengan kadar 2.2 per jam di Kuala Lumpur menurut graf Meteor Shower Flux Estimator (FLUXTIMATOR) kepunyaan NASA.

Sumber kepada hujan meteor Lyrids ini ialah Komet C/1861 G1 (Thatcher). Meteor Lyrids biasanya mempunyai magnitud +2, namun sesetengahnya boleh menjadi lebih terang, dikenali sebagai Lyrids Fireball. Radian Lyrids ini terletak pada gagasan Lyra, di mana terletaknya Vega, bintang kelima cerah di langit dan juga satu daripada tiga bintang yang membentuk Summer Triangle.

Walaubagaimanapun, kita tak perlu mencari titik radian untuk melihat hujan meteor ini kerana apa-apa meteor akan muncul secara tiba-tiba di semua bahagian langit. Vega mempunyai peranan tersendiri dalam mempengaruhi kadar hujan meteor Lyrids. Semakin tinggi Vega terbit dari ufuk, semakin cerah peluang untuk melihat meteor.

Hujan meteor Lyrids adalah antara yang terawal dicerap, iaitu melebihi 2600 tahun berbanding Geminids yang hanya pertama kali dicerap 150 tahun yang lalu. Aktiviti melihat dan mencerap Lyrids ini juga adalah sebahagian daripada aktiviti yang dianjurkan untuk Global Astronomy Month 2011. Perlu diingat bahawa pada masa ini fasa bulan berada pada keadaan penuh, jadi kadar kenampakan untuk hujan meteor Lyrids apabila berada di kawasan bulan penuh akan berkurang sekali ganda akibat cahaya bulan yang secara automatiknya menjadi pencemaran cahaya. Cuba cubalah cari kawasan yang tidak dipengaruhi cahaya bulan agar penglihatan tidak terjejas untuk aktiviti ini.

 

 

Hari ini, 20 April adalah hari sempena World Night in Defence of the Starlight. Lebih kurang Earth Day tapi dikhaskan sebagai tanda hormat kepada keindahan bintang-bintang di langit malam. Klik sini dan sini untuk maklumat lanjut. Dah boleh tutup lampu untuk recover penglihatan langit pada waktu malam :)

EarthSky.Org



No comments:

Post a Comment