Wednesday 20 April 2011

Memburu Geminids

Entri yang sepatutnya dibuat pada 2010, tetapi lewat setahun.
Banting, Selangor menjadi destinasi pertama untuk membuat pemerhatian dan pemburuan hujan meteor terkenal ini. Mengikut perancangan, kami seramai 4 orang akan bertolak ke Banting pada 10 Disember 2010, tetapi atas sebab-sebab teknikal maka kami terpaksa bertolak pada 11 Disember 2010. Pada petangnya langit agak baik, ditambah pula dengan tempat yang kami sewa amat luas kawasannya dan sesuai untuk aktiviti ini dan juga berdekatan dengan pantai. Saya dengan tanpa segan silunya mengambil beberapa keping gambar matahari terbenam yang indah ini untuk dijadikan koleksi.

 

Pada sebelah malamnya agak mengecewakan apabila langit diselubungi awan, kami terpaksa membatalkan aktiviti mencerap bintang pada waktu itu. Kemudiannya kami meninjau keadaan pada jam 3 pagi 12 Disember, agak melegakan kami apabila langit kembali terang. Saya dan seorang lagi sahabat merenung ke langit dan kami berjaya mengesan beberapa meteor Geminids jatuh ke arah barat. Meteor ini adalah antara meteor yang mempunyai kadar yang tinggi, keamatan cahaya yang agak tinggi dan bergerak pada kelajuan yang rendah. Ianya boleh muncul dikesemua kawasan langit dan sangat mudah untuk dikesan asalkan anda memandang langit satu arah pada satu-satu masa. Gambaran yang boleh diberi adalah seperti berikut


Waktu kemuncak Geminids adalah pada 13 dan 14 Disember, tetapi atas sebab-sebab jadual yang padat kami tidak dapat hadir pada waktu tersebut.

Pelan Asal

No comments:

Post a Comment