Sunday 31 July 2011

Entri Khas: Ramadhan Al-Mubarak



Tanggal 1 Ogos 2011 kita pun memasuki bulan yang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam, iaitu bulan Ramadhan. Disamping amalan berpuasa, kita juga akan dijanjikan berlipat kali ganda pahala hasil dari amalan baik berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam yang berada di seluruh pelusuk dunia. Semoga dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dapat merubah cara hidup kita dari buruk kepada yang lebih baik. Di sini juga saya sertakan beberapa bahan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Niat puasa harian:


Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala

 

Niat puasa sebulan:



Sahaja aku berniat berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan ini kerana Allah Taala

 

Doa berbuka puasa:



Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

 



Doa selepas berbuka puasa:



Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Jadual  waktu Imsak dan Berbuka boleh dimuat turun disini

WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI 2011

 
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Semua amal anak Adam dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 hingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Adapun puasa itu adalah untuk Allah dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian." (Hadis Riwayat Muslim)

 

No comments:

Post a Comment