Thursday 5 May 2011

Eta Aquarids Dengan Kadar 40-60 Sejam



Dengan keadaan bulan yang semakin kurang peratusan fasanya, peluang untuk melihat meteor Eta Aquarids semestinya bertambah cerah. Berbekalkan kadar purata 40 hingga 60 meteor sejam di Malaysia atau secara umumnya di kebanyakan kawasan dunia, meteor ini lebih mudah dilihat di kawasan yang kurang pencemaran cahaya. Faktor awan juga memainkan peranan. Jangan cuba guna teleskop atau binokular kerana ia akan menyebabkan kawasan penglihatan anda terjejas.



Lihat di sebelah timur, anda akan nampak gugusan Aquarius, tempat terletaknya radian Eta Aquarids yang juga boleh dikatakan tempat meteor itu muncul. Kalau nak senang, tengok saja satu corak bintang yang berbentuk Y.  Disitulah terletaknya radian tersebut.  Seperti yang dikatakan sebelum ini, tidak perlulah tumpu kepada arah radian tu saja. Komet boleh muncul dimana-mana.  Hanya fokus pada satu kawasan langit dan anda tidak akan menyesal.

Waktu terbaik adalah pada malam 5 Mei hingga pagi 6 Mei di antara 11 malam sehingga 4.30 pagi. Cuba cubalah duduk di luar beranda rumah atau kawasan rumput kalau boleh untuk melihat hujan meteor yang dikaitkan dengan komet Halley ini. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment