Monday 9 May 2011

United 2 - Chelsea 1: Chicharito Hero



Rutin Javier Hernandez (Chicharito) berdoa di tengah padang sebelum permainan bermula membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan gol dalam masa 37 saat selepas permainan bermula sekaligus menjadikan ia sebagai gol terpantas musim ini. Hernandez menewaskan penjaga gol Chelsea, Petr ?ech selepas menerima bola pass-through dari Park Ji-Sung yang juga beraksi cemerlang sepanjang separuh masa pertama. Tidak cukup dengan satu gol, pertahanan Manchester United, Vidic pula menjaringkan gol kedua setelah dibantu oleh Ryan Giggs, menambah kekecewaan Chelsea yang mengharapkan gol penyamaan pada ketika itu. Hantaran yang kemas dan percubaan yang berbahaya menambah lagi tekanan kepada Chelsea, yang bercita-cita merampas takhta United sebagai pendahulu liga. Walaubagaimanapun Didier Drogba beraksi cemerlang setelah banyak percubaannya menguji penjaga gol United, Edwin Van der Sar.

Di separuh masa kedua pula Chelsea lebih banyak melakukan serangan. Pada minit ke-62, pemain terbaru Chelsea, Fernando Torres menggantikan Kalou dalam misi untuk menguatkan bahagian depan. Torres melakukan aksi cemerlang apabila berjaya menyusup masuk ke bahagian pertahanan United namun malangnya tiada gol dihasilkan. Gol pertama Chelsea datang tidak disangka-sangka pada minit ke 68 apabila Lampard menanduk masuk bola hasil daripada lambungan Ramires, walaupun tercetus sedikit persoalan sama ada offside ataupun tidak. Tiada lagi jaringan selepas itu dan wisel penamat pun berbunyi, menandakan kemenangan United di tempat sendiri sekaligus meletakkan pasukan itu satu langkah besar menjadi juara liga perdana Inggeris yang ke-19.

Howard Webb, yang dikatakan pemain ke-12 Manchester United membuktikan bahawa dirinya tidak berat sebelah. Foul yang diberi tidak hanya memihak kepada United malah memberi peluang kepada Chelsea. Dua pemain Chelsea yang sepatutnya sudah boleh dilayangkan kad merah tetapi hanya diberi amaran oleh pengadil Howard Webb. Kedudukan pengadilan agak stabil walaupun tercetus kontroversi penalti yang sepatutnya diberikan kepada United tetapi diabaikan oleh Webb.

Sementara itu, Arsenal yang menewaskan United 1-0 pada perlawanan minggu lepas kecewa apabila tewas 3-1 di tangan Stoke City. Gol-gol Stoke City dihasilkan oleh Jones dan Pennant pada separuh masa pertama, dan Walters pada minit ke 82 sebagai serangan balas kepada gol yang dihasilkan oleh van Persie pada minit ke 81. Perlawanan berakhir dengan kekalahan Arsenal di tempat lawan dan kegembiraan Stoke City menewaskan kelab gergasi itu.

P/S: Liverpool punya match malam ni. Tengok berapa banyak depa nak score.

 

 

No comments:

Post a Comment