Tuesday 3 May 2011

PTC: Andaian dan Hakikat

Fuh tengok tajuk macam novel bersiri pulak kan. Takde, aku tak pandai tulis novel cintan cintun ni. Dalam entri ini aku akan menulis pasal satu program yang orang panggil PTC. Mesti dalam pikiran korang macam-macam akronim keluar kan? Program Tolak Cukai la, Program Tentang Cinta la, takde semua tu, yang nak diceritakan sekarang adalah program yang bahasa omputihnya dipanggil program Paid-to-Click. Apa bendanya Paid-to-Click ni? Dalam program Paid-to-Click ni, pengendali iklan atau program tersebut akan membayar sejumlah wang kepada anda untuk setiap iklan yang anda klik. Hah, terus terbayang skim cepat kaya, skim piramid, skim simpanan nasional apa-apa entah yang orang kata skim tipu atau scam. Tak dikecualikan juga program PTC ni, cuma bukan semuannya scam. Ada banyak juga laman web PTC yang boleh dipercayai atau legit, di mana pengendali program akan membayar sejumlah wang kepada anda apabila cukup minimum pembayaran.

Dari segi hukum pula, aku berpendapat bahawa program ini tidaklah haram kerana kita mendaftar tanpa sebarang bayaran dan kita sebenarnya bekerja menekan iklan-iklan yang ditawarkan. Pemilik atau pemasar iklan juga membayar sejumlah wang untuk mempromosikan laman web mereka yang kebanyakannya untuk meraih ribuan pengunjung sekaligus meningkatkan SEO mereka dan mereka juga tahu modus operandi pemasaran laman web yang menawarkan program tersebut. Senang kata, pengendali program PTC berperanan sebagai orang tengah antara pemasar iklan dan penonton iklan. Hah terus terbayang duit bermain-main di mata bukan? Tidak semudah itu, kerana kebanyakan program seperti ini hanya menawarkan maksimum $0.02 sahaja.  Saya kata kebanyakan, bukan semua. Duit bukan datang bergolek, semestinya usaha yang banyak diperlukan. Kalau diikutkan, nak duit sampai RM2 pun memerlukan antara 200 hingga 2000 klik. Baik kerja jadi cleaner kan, sehari dah berapa dapat. Secara mudahnya, program ni hanya untuk mengisi masa lapang saja. Kalau dah tak ada apa nak dibuat, apa salahnya main klik-klik iklan. Ada la sikit pendapatan. Tapi jangan terlalu obses pula sampai kerja gaji beribu-ribu ringgit diabaikan.

Setakat ni aku join dua atau tiga program je. Malas nak join lebih-lebih karang membazir masa aku pulak nak klik banyak-banyak. Setakat ni yang aku join adalah program ClixSense dan NeoBux walaupun pada pendapat aku ClixSense lagi awesome pasal iklan dia lagi banyak dan tinggi nilainya, dan juga ada satu feature yang dipanggil ClixGrid dimana dia akan kasi satu gambar dengan grid, setiap satu kotak grid akan ada satu iklan dan nilai tersembunyi di dalamnya. Paling tinggi boleh dapat $5, walaupun setakat ni aku pernah menang $0.10 je main benda tu. Kalau rasa tak yakin sangat dengan program luar negara ni apakata korang cuba pulak PTC dari Malaysia ni. Ia dipanggil PayPerClick dan didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, menjadikan ia lebih dipercayai. Nak join? Klik je banner kat bawah ni. Aku saja letak banner kasi nampak cantik sikit, kalau rasa semak boleh komen mintak padam banner tu.






-Minimum cashout: $10.00
-Medium to withdraw: AlertPay, PayPal, Liberty Reserve




-Minimum cashout: $2.00
-Medium to withdraw: PayPal, AlertPay, NETELLER












-Minimum cashout: RM10.00
-Medium to withdraw: Maybank, CIMB

1 comment:

  1. duhh 10 sen..... memang untuk isi masa lapang je ni.

    ReplyDelete