Thursday 12 May 2011

Facebook Spam Post



Ni masalah lama sejak Facebook dok ada. Memang tak pernah dan tak akan selesai sampai ke sudah la agaknya. Tengah sedap-sedap usha lepak kat Facebook tiba-tiba pulak ada orang post sesuatu kat wall. Aku ingat nak suruh bayar hutang ke apa kan tapi tengok la apa dia post.


Heh, macam la aku nak percaya benda ni sumer. Aku tak marah sapa yang post ni pasal dia dah kasitau aku awal-awal post tu spam. Tapi aku tak kata la aku nak backup tukang rajin klik ni. Korang kena sedar bila nampak link pelik-pelik dengan ayat semacam don't fukken click the link kalau tak nak kena sumpah dengan kawan-kawan korang. Benda ni memang dah selalu berlaku dan aku rasa korang pun dah lali dan boleh rasa kan mana satu spam dan mana satu tak spam. Ok aku cuba kasi tips nak kasi elak benda ni



1. Tengok ayat yang dipostkan kat wall atau ruang cat korang, kalau nampak macam ayat English macam accent dari luar dengan intonasi macam nak promote sesuatu dengan link yang sangat mencurigakan dan menggunakan short link generator, sila ignore.


2. Seperti gambar diatas. Nampak sangat tak formal. Facebook biasanya akan sampaikan update dengan formal di page dia sendiri.


3. Berhati-hati dengan Facebook application yang korang nak guna. Jangan nampak macam best je terus kasi permission. Diorang boleh je nak take over Facebook wall korang kalau nak.


4. Kalau susah sangat, pergi saja di private settings dan setkan don't allow anybody post in my wall. Terus sorang pun takleh post kat wall korang


Timeline memang semak dengan spam-spam ni, namun apa boleh buat. Yang programkan tu dah terlebih pandai dengan ilmu dia. Tinggal kita je la yang kena ambik langkah berjaga-jaga. Yang dah kena tu tolong ingat-ingatkan mana yang tak kena lagi.


 

2 comments:

  1. guess what, my spam link have more hits than any other links I posted...

    ReplyDelete
  2. cos they are attracted to it

    ReplyDelete