Thursday 5 May 2011

UCL Final: Apabila Juara Bertemu Juara



Sedar tak sedar kita sudah hampir tiba ke penghujungnya. Dua pasukan pendahulu liga masing-masing berjaya melangkah ke peringkat penentuan raja Eropah dan wang tunai yang semestinya untuk membeli pemain yang mahal-mahal tapi tak reti nak score setiap kali perlawanan ataupun menghuni bangku simpanan sekadar menonton perlawanan tanpa perlu bayar tiket. Siapa sangka dua pasukan yang kalah perlawanan liga domestik masing-masing sebelumnya boleh melangkau sampai ke peringkat akhir? Walaupun begitu mereka sudah membuktikan bahawa merekalah yang layak digelar raja Eropah sesi 2010/2011 ini.

Barcelona berjaya melangkah ke peringkat akhir setelah berjaya menumpaskan musuh tradisi, Real Madrid dalam perlawanan El Clasico yang entah keberapa kali dalam masa tiga minggu ini. Barcelona memastikan bahawa Real Madrid tidak akan  pulang dengan piala yang lain pula untuk dicampak dan dimesra-mesrakan dengan bas. Lionel Messi ternyata menjadi hero utama apabila menjaringkan dua gol cantik pada first leg sebelum mengikat Real Madrid 1-1 pada second leg, menjadikan agregat 3-1 yang melayakkan Barcelona ke peringkat akhir. Memang tidak dinafikan banyak drama murahan berlaku, seperti drama kad merah dilayangkan di padang dan tidak ketinggalan juga di terowong dan di tempat duduk pengurus.
Jose Mourinho diambang penyingkiran

Sementara itu, pada satu lagi perlawanan separuh akhir Manchester United berdepan dengan kelab dari Jerman, FC Schalke 04. Keputusan first leg nyata memihak kepada Manchester United dengan kemenangan dan kelebihan gol pelawat sebanyak dua berbalas kosong. Alex Ferguson mengambil tindakan berani dengan menyimpan beberapa tonggak utama pasukannya dalam misi untuk menewaskan Chelsea dan sekaligus mengukuhkan kedudukan di takhta liga. Hasilnya amat mengecewakan Schalke apabila dinafikan kemenangannya oleh Manchester United dengan hasil bolos 4 berbalas 1 pada second leg, menjadikan agregat 6-1 yang melayakkan Manchester United ke peringkat akhir bertemu Barcelona. Tidak dinafikan Barcelona adalah pasukan yang hebat sehinggakan Ferguson pun cuba meminta tips dari Mourinho.

Perlawanan rematch Liga Juara-juara Eropah 2009 ini pastinya menjanjikan aksi dan drama. Adakah Barcelona akan mengulangi kejayaannya menewaskan United seperti di Rom pada tahun 2009? Tunggu saja 29 Mei ini dan saksikannya sendiri.

No comments:

Post a Comment