Friday 27 May 2011

Istiwa' Kaabah 28 Mei

Fenomena Istiwa' Kaabah iaitu matahari berada di atas Kaabah akan berlaku pada hari ini, 28 Mei pada jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 16 Julai pada jam 5.28 petang. Antara kelebihan fenomena ini ialah kita boleh memeriksa arah sebenar kiblat di tempat kita.



Di sini disertakan cara memeriksa arah kiblat:

  1. Pacakkan sebatang kayu atau apa-apa objek yang lurus di atas permukaan yang rata.

  2. Pastikan kayu tersebut tegak 90 darjah.

  3. Pastikan bayang-bayang kayu tersebut jelas kelihatan di atas permukaan yang rata tadi

  4. Pastikan kawasan tersebut, matahari boleh kelihatan dengan mudah dan tidak terlindung.

  5. Apabila sampai waktunya, perhatikan bayang-bayang objek tadi.

  6. Unjurkan garisan bayang- bayang tersebut ke arah matahari.

  7. Garisan itu akan menunjukkan tepat ke arah kiblat, InsyaAllah


Untuk info secara visual apa kata kita rujuk pada vodcast yang dihasilkan oleh Encik Shah, webmaster Falak Online yang juga seorang ahli amatur astronomi.

 

 



 

Semoga anda tidak terlepas peluang yang hanya datang dua kali setahun ini. Selamat berjaya.

No comments:

Post a Comment