Wednesday 11 May 2011

Serangan Telur pada Cermin Kereta: Gimik Semata-mata

Tengah sedap jalan-jalan kat Facebook, tiba-tiba jumpa pulak warning ni



Aku baca dan tersenyum, masih ada lagi pesanan hoax yang berlegar-legar di ruang maya internet ni. Biasalah, nampak je warning tanpa usul periksa terus copy paste je dan percaya bulat-bulat warning tersebut. Kat sini aku nak ceritakan asal usul amaran egg windscreen attack ni dan kenapa ianya adalah gimik semata-mata.

Amaran ni mula tersebar pada lewat tahun 2009, bermula dengan emel-emel random yang diforwardkan macam emel-emel berantai yang lain. Contoh emel yang berlegar adalah seperti berikut

IF YOU ARE DRIVING AT NIGHT AND EGGS ARE THROWN AT YOUR WINDSHIELD. DO NOT OPERATE THE WIPER AND SPRAY ANY WATER BECAUSE EGGS MIXED WITH WATER BECOME MILKY AND BLOCK YOUR VISION UP TO 92.5% SO YOU ARE FORCED TO STOP BESIDE THE ROAD AND BECOME A VICTIM OF ROBBERS. THIS IS A NEW TECHNIQUE USED BY ROBBERS. PLEASE INFORM YOUR FRIENDS AND RELATIVES.



If you are driving at night and eggs are thrown at your windshield, do not operate the wiper and spray any water because eggs mixed with water become milky and block your vision up to 92.5% so you are forced to stop at the roadside and become a victim of robbers.

This is a new technique used by robbers.

Agak lama kan emel-emel ni tersebar? Kat Malaysia je baru nak sampai rasanya. Ok kat sini aku nak cerita kenapa ianya fake. Aku kasi dalam bentuk point je supaya senang nak nampak.



1. Tak ada bukti atau laporan yang kukuh dari pihak berkuasa pasal jenayah yang melibatkan balingan telur seperti kes ni. Kebanyakan kes gagal memberi lokasi yang tepat dimana kes itu berlaku.


2. Eksperimen telah pun dijalankan, dan berdasarkan eksperimen tersebut, memang balingan telur menyebabkan kekaburan tapi penggunaan wiper dan spray dengan segera sudah cukup untuk menghilangkan kekaburan tersebut tanpa perlu berhenti dimana-mana.


3. Kulit-kulit telur yang tertinggal di atas cermin kereta sebenarnya boleh dibuang dengan batang wiper tersebut dan sebenarnya kulit bukan menjadi masalah kerana ia tidak mengganggu langsung penglihatan.


4. Bagaimana kalau begini, amaran itu tidak menyatakan berapa banyak telur digunakan dan saiz telur tersebut. Betul, kes ni bergantung kepada berapa banyak telur digunakan, saiz telur tersebut, kawasan jatuh di atas skrin, bentuk dan saiz cermin dan pelbagai lagi faktor lain. Oleh itu, nilai 92.5% tidak boleh diterima atas dasar kepelbagaian situasi.


5. Namun begitu, ianya agak sukar untuk penjenayah membaling satu sarang telur semata-mata ingin mengaburi pandangan pemandu. Dan jika berjaya pun, penjenayah perlukan masa yang amat pendek untuk merompak pemandu ketika pemandu berhenti kerana sisa telur tersebut boleh dibuang dengan pantas dan juga penjenayah perlu tahu waktu yang tepat untuk telur itu menghasilkan kesan dan waktu pemandu itu berhenti. Belum lagi diambil kira kesediaan pemandu untuk menghadapi si penjenayah. Dan semestinya, taktik ini terlalu sukar untuk menjadi sebenarnya.


Kadar kebekersanan teknik ini terlalu rendah namun jika betul ada orang yang menggunakannya, dinasihatkan supaya berhenti di tempat yang selamat. Secara umumnya amaran ini mungkin boleh diterima namun dengan keadaan secara natural yang agak mustahil ditambah lagi dengan kekurangan bukti laporan jenayah yang menggunakan teknik ini menyebabkan amaran atau mesej ini terus dipersoalkan.

No comments:

Post a Comment